PERAYAAN HARI GURU KEBANGSAAN KE-46 2017

Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat khususnya bagi warga masyarakat yang mempunyai kaitan dengan dunia pendidikan. Pada tarikh ini, negara kita akan menyambut perayaan Hari Guru dengan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk acara kemuncak yakni penganugerahan Tokoh Pendidik kepada calon yang dipilih. Pada tahun ini, Johor Darul Ta’zim telah dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.

Layari Portal Rasmi Hari Guru Kebangsaan 2017

KHIDMAT BANTUAN KAMPUS ASTRO BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (KABKS)

Bengkel Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah (KABKS) ini diadakan bertujuan untuk mempelbagaikan dan mempertingkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di institusi pendidikan melalui pengintegrasian kandungan pembelajaran dan bahan pendidikan yang dapat diperoleh daripada 17 saluran Astro yang disediakan dalam pakej KABKS.

Projek Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah (KABKS) merupakan projek tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) Yayasan Astro Kasih yang bertujuan menyokong matlamat dan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membawa kandungan dan pengalaman pembelajaran yang holistik kepada pelajar-pelajar sekolah kerajaan seluruh Malaysia di samping menyediakan bahan sokongan tambahan kepada guru-guru.

Projek KABKS ini menyokong pembelajaran di sekolah melalui kandungan pendidikan tempatan dan antarabangsa Astro, sumbangan teknologi Astro, dan tenaga serta kemahiran pekerja Astro.

Projek KABKS ini melibatkan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), 15 buah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), 13 buah Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB), 367 buah Pusat Kegiatan Guru (PKG), 9,522 buah sekolah untuk penyelenggaraan set peralatan Kampus Astro dan 470 buah sekolah untuk pemasangan baharu bagi tahun 2016.

Segala kos pemasangan dan penyelenggaraan peralatan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Yayasan tanpa sebarang implikasi kewangan kepada KPM.

Maklumat Lanjut, layari Portal Rasmi KABKS

 

PELAKSANAAN STANDARD KOMPETENSI DIGITAL (DIGITAL COMPETENCY STANDARDS – DCS) MURID TAHUN 2017

Kepada :
Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Johor
(seperti di Lampiran 1)

melalui :

Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Johor dan
Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Negeri Johor

Tuan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Econmy Corporation (MDEC) sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4 : Konsolidasi dan Kelestarian (2011 – 2020) seperti surat dengan rujukan bernombor : KP(BTP-PENT) 8817/3/4 (80) bertarikh 30 Mac 2017. 
  2. Klik Untuk Muat Turun Surat :

    PELAKSANAAN STANDARD KOMPETENSI DIGITAL (DIGITAL COMPETENCY STANDARDS – DCS) MURID TAHUN 2017

  3. Sehubungan itu, penilaian Standard Kompetensi Digital (DIGITAL COMPETENCY STANDARDS – DCS) akan dilaksanakan di sekolah-sekolah seperti di Lampiran 1 bermula 10 April 2017 sehingga 15 Mei 2017 secara atas talian pada pautan berikut :

http://best.moe.edu.my

  1. Pelaksanaan penilaian DCS di sekolah-sekolah terpilih ini akan diuruskan oleh pihak kami dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) zon masing-masing. Bagi bantuan penyelarasan di peringkat sekolah, Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT bertanggungjawab membantu proses penilaian murid.
  1. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi En Mohd Hairil Fitri bin Ja’afar, Unit Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor di talian 012-7870277 atau menggunakan aplikasi DCS (Klik User Guide à  FAQ).

Sekian terima kasih.

SOP PENGURUSAN PERANTI YES ALTITUDE NEGERI JOHOR 2017

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan mengambil perhatian lampiran-lampiran yang disertakan bagi tujuan makluman pihak sekolah-sekolah Negeri Johor.
  1. Untuk makluman, Standard Operasi Prosedur (SOP) ini diguna pakai bagi sekolah-sekolah negeri Johor bermula dari fasa agihan, permohonan, pelaporan dan penggantian serta fasa pengurusan Yes Altitude di peringkat JPN, PPD, BTPN dan PKG.
  2. Sila Muat Turun SOP pada pautan dibawah:
    SOP PENGURUSAN PERANTI YES ALTITUDE NEGERI JOHOR 2017

Sekian, Terima kasih

JOHOR TETAP JADI JOHOR

PANDUAN PENGGUNAAN PERANTI ALTITUDE YES 4G

Dikongsikan bahan yang mungkin berguna bagi tuan-tuan dan puan-puan yang bercadang untuk melaksanakan taklimat , bengkel mahu pun kursus berkaitan perkara di atas.

Sekiranya bersesuaian dan tidak menjadi hal yang sulit, tuan-tuan dan puan-puan juga boleh berkongsi bahan ini dengan sekolah ahli tuan-tuan dan puan-puan .

Bagi menyahut seruan penjimatan kertas dan kempen “Go Green” , modul terus boleh digunakan secara atas talian . Modul ini dibina secara atas talian dan interaktif, terdapat beberapa fungsi hyperlink dan video yang boleh di mainkan di atas modul itu sendiri. Juga dilampirkan salinan yang boleh dicetak sekiranya dirasakan perlu dan sesuai untuk dicetak.

Pautan Modul atas talian :

http://tiny.cc/altitude1bestarinet

Pautan Modul versi cetak :

http://tiny.cc/cetakaltitude1

Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada kita semua.

Kredit kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor

MODUL FROG VLE MOBILE APPS 2016/2017

Assalamualaikum,
Salam Muafakat Bangsa Johor,

Tuan/Puan
Pengetua dan Guru Besar,

Guru Penyelaras Bestari dan Penyelaras ICT.

Pelantar Pembelajaran Maya Frog VLE, telah ditambahbaik dengan pelbagai mobile apps yang boleh diinstalasi dalam peranti mudah alih seperti telefon pintar, tablet dan lain-lain.

Bagi sekolah-sekolah yang menerima Altitude, boleh gunakan modul ini sebagai panduan anda.

Antara aplikasi mudah alaih yang baru dilancarkan iaitu:
1. Frog Assignments.
2. Frog Snap.
3. Frog Chat.

4. Frog Play (dilancarkan pada Januari 2017).

Bersama-sama dengan ini, dikongsikan beberapa modul di dalam Pelantar Pembelajaran Maya Frogvle dengan penambahan ciri-ciri yang baru, kredit kepada En. Khairil Firmansyah Anuar daripada PKG Bandar Mersing, yang telah membina modul ringkas dan mudah ini.

3. Panduan Aplikasi Mudah Alih Frog ( Assignments_Snap & Chat .

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Sekiranya bersesuaian, tuan-tuan dan puan-puan boleh berkongsi modul ini dengan warga sekolah tuan-tuan dan puan-puan. Sila klik tajuk diatas untuk memuat turun bahan.

JOHOR TETAP JADI JOHOR.

Terima Kasih.

SURAT MAKLUMAN KARNIVAL NILAM DAERAH KOTA TINGGI 2017

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, dan
Salam Muafakat Bangsa Johor.

Pengetua,
Guru Besar,
Guru Perpustakaan Dan Media,
Penyelaras NILAM,
Sekolah-Sekolah Daerah kota Tinggi.

MAKLUMAN DAN HEBAHAN KARNIVAL NILAM DAERAH KOTA TINGGI 2017

Anugerah NILAM Kota Tinggi 2017 kembali lagi.

Dimaklumkan bahawa Pemilihan Tokoh NILAM Kota Tinggi 2017 akan berlangsung pada ketetapan berikut:

Tarikh  : 6-8 Februari 2017
Masa    : 8.00 Pagi
Lokasi  : Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail.
Yuran NILAM : RM 50 .00 setiap sekolah.

MUAT TURUN SURAT MAKLUMAN KARNIVAL NILAM

Sehubungan itu, dimaklumkan juga bahawa Portal NILAM Kota Tinggi telah diwujudkan untuk menyampaikan info dan maklumat berkenaan NILAM.

Sila layari pautan berikut :

http://www.nilam.kotatinggi.edu.my

Bagi menndaftar dan mengesahkan penyertaan peserta NILAM daripada sekolah tuan/puan, boleh diakses melalui portal NILAM diatas  dan klik pada menu DAFTAR ONLINE sebelum 21 Januari 2017.

Atau tuan/puan boleh juga mengakses borang tersebut melalui pautan berikut:

http://gg.gg/nilamkt2017

Penginapan juga disediakan bagi yang ingin menginap kerana program nilam berlangsung selama 3 hari. Segala penjelasan lanjut mengenai penginapan dan perkara berkaitan boleh merujuk kepada portal tersebut.

sekian makluman daripada kami.

LEAPS OF KNOWLEDGE BY FROGASIA SDN BHD

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera dan
Salam Muafakat Bangsa Johor.

Kepada rakan-rakan guru yang berminat untuk menyertai Persidangan Pendidikan Terhebat Alaf ini, ayuh kita sertai LEAPS OF KNOWLEDGE BY FROGASIA SDN BHD. 

Layari laman sesawang Leaps Of knowledge dengan klik pada pautan dibawah:

#creating 21st century learners together 

Surat Jemputan ke Persidangan :

Surat Jemputan FrogAsia
Surat Kebenaran BPSH (Bahagian Sekolah Harian)

Sekian, terima kasih.

MAKLUMAN PERKHIDMATAN KESELAMATAN TERURUS 1BESTARINET

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera dan Salam Muafakat Bangsa Johor

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya bahawa perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bersama-sama ni disertakan salinan surat dari Kementerian Pendidikan Malaysia no rujukan KP(BTP-PENT) S/8800/50/26 Jld.3 (46) tarikh 28 Oktober 2016 yang dengan jelas menerangkan maksudnya untuk perhatian dan tindakan pihak tuan selanjutnya.Segala kerjasama dan perhatian tuan amat kami hargai. Harap maklum.

Sila klik :
Surat JPN Johor 1BNF2
Panduan Whitelist 1BNF2

Sekian, terima kasih.